Sebagai aktiviti tambahan, saya bergiat aktif dalam Angkatan Tentera Malaysia.
Berdaftar di Kem 503 RAW, Ipoh, saya telah berkhidmat selama hampir 3 Tahun dan aktiviti ini dapat memberikan kepuasan kepada saya walaupun saya hanya selaku seorang pegawai simpanan.
Berdaftar di Kem 503 RAW, Ipoh, saya telah berkhidmat selama hampir 3 Tahun dan aktiviti ini dapat memberikan kepuasan kepada saya walaupun saya hanya selaku seorang pegawai simpanan.
Pada pendapat saya, aktiviti ini dapat membuktikan perasaan cinta dan semangat juang kepada tanah air, agama dan bangsa.
Melalui aktiviti ini saya dapat membina keyakinan diri, lebih berdisiplin dan dapat membentuk ketahanan mental yang tinggi dalam menghadapi cabaran akan datang. Di samping itu juga saya dapat mencurahkan bakti dalam mendidik rekrut-rekrut baru supaya sama-sama bersedia untuk mempertahankan negara jika diperlukan suatu hari nanti.
Kepada pemuda di luar sana, harapan saya agar anda dapat menceburkan diri dalam aktiviti ketenteraan, sekurang-kurangnya biarlah kita tahu memegang senjata untuk mempertahankan tanah air jika diperlukan kelak. Daftarlah sebagai kadet di mana-mana pasukan simpanan (Regimen Askar Simpanan, RAW).
